Assalamualaikum semua.....alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk update blog pada malam ni....
so,sebelum aku tido,aku nk ceritakan sedikit tentang Masjid Al-Hussein atau dikenali Masjid Terapung.
Masjid
Al-Hussain dibina terapung di tepi pantai Kuala Perlis. Ia merupakan
hasil sumbangan seorang ahli perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf
dan dibuka 8 Ogos lalu. Masjid itu mengambil masa selama empat tahun
untuk disiapkan dengan kos kira-kira RM12 juta. Sebahagian daripada
binaannya menganjur ke laut Selat Melaka.
Masjid
yang menjadi ikon baru Kuala Perlis itu diilhamkan Raja Muda Perlis,
Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalulail dan
direalisasikan oleh jutawan Ariffin. Abang kepada Ariffin, Datuk Dr.
Mohd. Hussain meninggal dunia pada tahun 1999 sebelum sempat dia
menunaikan hajat untuk membina sebuah masjid. Oleh kerana itulah
selepas siap dibina, masjid itu dinamakan sempena nama abangnya itu.
Sebuah
wakaf didirikan di dataran masjid. Tetamu juga boleh berehat di
sepanjang tembok sambil menghadap ke laut. Tiga batang pokok kurma yang
didatangkan khas dari Tanah Arab menyuntik elemen Asia Barat di laman
masjid. Seperti kebanyakan masjid lain, ciri luaran utama Masjid
Al-Hussain ialah kubahnya. Ia berwarna kuning keemasan beserta motif
biru yang sinonim dengan warna rasmi negeri Perlis. Kubah tersebut
diperbuat daripada dua lapisan aluminium dan diselaputi dengan lapisan
polyvinvyl double fluoride (PVDF) yang diimport dari Jepun.
Masjid
terapung tersebut memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon
atau segi enam pertama di dunia. Seni bina tersebut adalah simbolik
bahawa semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa.
Lampu
tersebut menandakan masuk waktu solat. Ia bagi kemudahan nelayan atau
mereka yang sedang berada di tengah laut. Lampu biru menandakan waktu
solat Subuh dan Maghrib manakala hijau adalah Isyak. Menara itu boleh
dilihat dari jarak 10 kilometer.
Untuk pengetahuan korang,masjid ni berdekatan dengan Jeti Kuala Perlis iaitu jeti ke Pulau Langkawi....memang dekat sangat....tak silap aku dalam 80 meter je kot......
Untuk pengetahuan korang,masjid ni aku suk sgta....alhamdulilah,aku solat berjemaah waktu maghrib dan isyak di masjid ni.....kadang,bila ada kuliah-kuliah agama,aku dtg mendengar kuliah agama....hehe....
Kalau korang nk tau,kalau korang dtg msjd ni,msti korang rasa cm syg nk tinggalkn masjid ni...mesti korang nk tau nape kn? ni bg pndapat aku la.....bila aku slt berjemaah di masjid ni,hati aku sgt tenang.....kerana masjid ni dikelilingi alam semulajadi ciptaan Yang Maha Esa....

caya la ckp aku,kalau korang datang kt sini sekali,mesti korang nk dtg lg dan sedih nk tinggalkan masjid ni......
k la...cukup la untuk malam ni aku cerita entri tentang masjid ni....sbb aku nk tdo dh...hehe....esk aku nk bgn awal pagi dan nk sama2 solat fardhu subuh berjemaah di masjid tue....inshaALLAH kalau umur masih panjang esk....
k la kengkawan.....jgn lupa tau,sebelum tido,amalkan surah al-mulk...selamat malam kengkawan....hehe....assalamualaikum.....
No comments:
Post a Comment