SITUBONDO - Walaupun telah 30 tahun dikebumikan, jenazah seorang wanita
di kampung Jangkar, Jawa Timur didapati masih utuh dan berbau wangi.
Peristiwa aneh itu terjadi ketika ahli keluarganya mahu memindahkan
kuburnya ke tempat lain supaya ia berdekatan dengan kubur suaminya.
Insiden itu turut menggemparkan penduduk setempat yang kemudian
beramai-ramai datang untuk melihat sendiri mayat tersebut dan
beramai-ramai membacakan doa.
Menurut ahli keluarga jenazah itu, Sukiyem ketika hidupnya dikenali sebagai seorang yang penyabar dan rajin mengerjakan ibadah.
"Dia juga seorang yang peramah dan baik dengan jirannya.
"Saya sendiri hairan bagaimana jasadnya masih lagi utuh dan berbau wangi
walaupun telah 30 tahun dikebumikan," kata seorang daripada ahli
keluarga jenazah itu, Ismail kepadaOkezone.com.
Menurut Ismail, jenazah itu tetap akan dipindahkan ke makam lain yang berdekatan dengan kubur suaminya. - AGENSI
No comments:
Post a Comment