Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa : "Satu hari Rasulullah S.A.W
telah datang dari daerah berbukit. Apabila Rasulullah S.A.W sampai di
masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam masjid dan menunaikan
solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama dengan Rasulullah
S.A.W.Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak panjang
kepada Allah S.W.T :Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W
pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma
dia memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia tidak
membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku
ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku ini jangan
dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang telah
melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku tidak
dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan
(telah ditolak).Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam
sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh
sesama sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini
cantik kita melihatnya ?
No comments:
Post a Comment