29.1.12

Kisah Rasulullah SAW Dengan Buah Limau

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama-sama dengan beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Sesiapa yang melihat buah limau itu pasti terliur. Baginda menerima hadiah itu dengan senyuman gembira. Maka

Rasulullah SAW memakan buah itu seulas demi seulas dengan senyuman. Kebiasaannya Rasulullah akan makan bersama-sama para sahabat tetapi kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada sahabatnya. Baginda terus makan dan setiap ulas disuap ke mulutnya diiringi dengan senyuman sehinggalah limau itu habis. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang,diiringi ucapan terima kasih dari baginda.

Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum,Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu bahawa limau itu tersangat masam semasa saya merasainya untuk kali pertama. Jika kalian turut makan bersama,saya bimbang andai ada diantara kalian akan mengenyetkan mata dan memarahi wanita itu.Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itulah saya makan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik,murah dan daripada orang bukan islam juga. Sebenarnya wanita itu pulang dengan hari yang kecewa. Mengapa?? Sebenarnya wanita itu ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau yang masam. Malangnya rancangan wanita itu tidak berjaya. Rancangannya ditewaskan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

Cuba kita fikir sejenak...kalau situasi ini berlaku kepada kita macam mana? Pasti ada yang merungut "masamnya limau ini" atau "limau ini kamu beli dengan harga yang murahkan?" dan sebagainya.

Sama-sama kita renungkan.....inshaALLAH... 

No comments:

Post a Comment