Disebabkan
oleh jangka hayat iblis begitu panjang, sudah pastilah iblis mempunyai
pengalaman yang cukup luas bagi memperdaya dan menyesatkan manusia. Kepada
orang jutawan harta, syaitan membisikkan kata-kata seperti:
·
“Kau
memang unggul. Kau berhak mendapatkan status jutawan kerana kuat berusaha,
kreatif dan inovatif. Bijak mengoptimumkan sumber yang ada .” Bisikan seperti
ini menjadikan jutawan itu sombong dan merasakan dirinya hebat.
·
“Bersedekahlah
banyak-banyak bagi menunjukkan keprihatinan kau kepada orang miskin, supaya
dicontohi oleh orang lain. Kau juga akan digelar jutawan yang dermawan. Muka
kau akan terpampang di dada-dada akhbar sebagai jutawan yang dermawan.” Bisikan
seperti ini menjadikan jutawan itu menunjuk-nunjuk perbuatan sedekahnya.
Padahal sedekah yang dilakukan dengan menunjuk-nunjuk tidak ada nilainya di
sisi ALLAH.
Bagaimanapun, hal ini tidaklah bermakna salah sekiranya
bergelar jutawan. Sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Abdul Rahman Bin Auf
adalah seorang peniaga yang berstatus jutawan. Sahabat yang juga menantu beliau
bernama Usman Bin Affan juga seorang jutawan. Kedua-duanya sudah dijamin oleh
Nabi Muhammad masuk syurga. Walaupun banyak harta, mereka tidak sombong
sebaliknya suka bersedekah dan keyakinan mereka terhadap ALLAH sangat tinggi.
Sekilas……..
Seorang lelaki yang taat kepada ALLAH bernama Abdul Kadir
al-Jailani memberi nasihat, ”Orang yang mengesakan ALLAH(termasuk ikhlas kerana
ALLAH) akan menyakiti syaitannya. Orang yang menyembah selain ALLAH akan
disakiti oleh syaitannya. Keikhlasan adalah perkara penting dalam ucapan dan
perbuatan. Sekiranya keikhlasan tidak wujud dalam hati seseorang, amalannya
tidak ubah seperti kulit tanpa isi, sedangkan kulit itu hanya layak bagi api
neraka.”.....renung-renungkan.....sama-sama la kita hayati...-"Islam Is The Way Of My Life"-
No comments:
Post a Comment