3.10.12

Luahan Hati hamba Allah yg serba kekurangan....

Allah 'Azza Wa Jalla berfirman:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
(Surah al-Baqarah ayat 216)


Kita sentiasa membenci sesuatu kita kita tidak mampu miliki...tp ingtlah,bahawa Allah tidak berikan apa yg kita nk tue kerana Allah tahu bahawa ia tidak baik utk kita....kadang2 ape yg kita aturkan adalah yg terbaik utk kita tp Allah ubah aturan kita ke arah yg lebih baik....

Diri ini pernah aturkan sesuatu tp ianya tidak tercapai walaupun niat dihati ini cukup ikhlas dgn perancangan itu..tp Allah Maha Mengetahui..DIA lebih tahu bahawa perancangan aku itu tidak sebaik perancanganNya....dari situ, aku kecewa....aku belajar erti SABAR....bermula dari situ,aku nekad perbaiki diri ke arah yg lebih baik...

Alhamdulillah skrg hati aku mula 'jumpa' apa yg aku cari2 selama ini...iaitu 'IMAN'....aku belajar erti redha akan Qada & Qadar Allah...tidak perlu kecewa dgn 'sesuatu' yg hilang kerana bila kita mendekati Allah dgn penuh rasa menyesal, insyaAllah DIA akan gantikan kita dgn sesuatu yg lebih baik....

"Barangsiapa yg Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dgn syurga"-(Al-Hadith)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan dari Allah yg akan selalu berakhir pada kebaikan kita.

"Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yg mendapat petunjuk."- (Surah Al-Baqarah:157)

Setiap ujian yg timpa kita,jangan kita doakan agar ujian itu diringankan tp berdoalah agar Allah kuatkan hati kita agar mampu tempuhi dugaan itu...bila kita berjaya hadapinya, maka tidak mustahil dugaan yg dtg selepas itu mampu kita hadapi dgn tenang dan berserah kpd Allah...








No comments:

Post a Comment