Nu'man Bin Basyir berkata,"Saya mendengar Nabi Muhammad berkata,'Apa yang halal itu jelas dan apa yang haram itu jelas. Antara kedua-duanya terdapat perkara-perkara yang samar yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang.
Sesiapa yang menjauhi perkara-perkara yang samar,sebenarnya beliau menjaga agamanya dan kehormatannya. Manakala,sesiapa yang terlibat dengan perkara samar,beliau hampir terlibat dalam perkara haram,seumpama pengembala yang membawa kambing-kambingnya meragut rumput berhampiran dengan kawasan larangan yg nyaris kambing-kambingnya masuk ke dalam kawasan larangan itu.
Ingatlah! Setiap raja mempunyai kawasan larangan. Kawasan larangan Allah adalah perkara-perkara yg diharamkan. Ingatlah! Di dalam tubuh manusia ada seketul daging. Apabila ia baik,maka baiklah tubuh. Apabila ia rosak,rosaklah tubuh. Seketul daging itu adalah HATI.
No comments:
Post a Comment