Iblis sudah wujud sebelum ALLAH menjadikan Nabi Adam. Pada masa itu, iblis adalah makhluk yang taat kepada ALLAH. Iblis digelar Azazil. Azazil mempunyai wajah yang indah dan bercahaya.
Sesudah ALLAH menjadikan Adam, ALLAH menyuruh Azazil dan para malaikat sujud kepada Adam bagi menghormati ciptaanNYA yg mulai. Tetapi Azazil enggan sujud kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam kerana ia dijadikan daripada api manakala Adam daripada tanah. Lantaran kesombongannya itu,ALLAH marah kepada iblis. ALLAH menghalaunya keluar dari syurga dan mengubah wajahnya kepada rupa yang hodoh lagi menakutkan. Azazil kemudian digelas ‘iblis’ yang membawa maksud suka memberontak dan derhaka.
Iblis kemudian meminta supaya ALLAH memanjangkan umurnya sehingga hari kiamat demi menyesatkan seluruh manusia. ALLAH menceritakan hal ini dalam surah Sad ayat ke 79. Kata iblis:
“Wahai Tuhanku, Jika demikian, berilah tempoh kepadaku sehingga ke hari mereka dibangkitkan(hari kiamat).”
Lalu ALLAH mengizinkan permintaan iblis.
KETURUNAN IBLIS:
Tsabar:
Kerjanya menimbulkan keluh kesahke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang
Itu tergamak menyalahkan Tuhan.
Dasim:
Kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami isteri sehingga mereka bercerai-berai.
Al-A’war:
Kerjanya menghasut manusia supaya berzina. Misalnya, mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.
Miswath:
Kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.
Zaknabur:
Zaknabur menyuntik rasa seronok ke dalam hati manusia yang berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan.
No comments:
Post a Comment