28.5.12

Musibah Mematangkan Diriku.....

Setiap manusia tidak boleh lari dari dugaan dan musibah....musibah itu adalah jalan mendekatkan diri kita dgn Yang Maha Besar.....

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya...." (Surah Al-Baqarah,ayat 286)

Alhamdulillah...dgn musibah yg melanda diri sy,byk yg merubah diri sy...syukur ke hadrat Ilahi...bermula dr fizikal,sy berjaya ubahnya.....aurat yg dulu sy tidak jaga bila bersukan tp skrg alhmdulillah sy menitikberatkan soal aurat ketika bersukan dan dimana2 je....

Dari musibah yg melanda,sy mula dekat dgn Yang Maha Agung....dari situ,sy mendapat ketenangan yg sungguh indah...alhmdulillah,dr situ,sy hadirkan diri dgn majlis2 ilmu..dan Allah kurniakan sy shbt2 yg sama mendekatkan diri ke jalan Allah..alhmdulillah.......


Setiap dugaan yg Allah berikan mesti ada hikmahnya....dugaan itu penghapus dosa..orang yg diberi ujian dan musibah bermakna Allah sygkn dia...sentiasalah berfikiran positif kepada setiap yg diaturkan Allah....insyaAllah....

Bertemu Dengan Ustaz Kazim Elias

Alhamdulillah....syukur ke hadrat Ilahi kerana masih di beri peluang utk update blog ni.....minggu lepas,selepas selesai solat zohor berjemaah di masjid Al-Hussain,sy terserempak dgn Ustaz Kazim Elias di masjid tue...waaahh....terkejut dan sungguh seronok bertemu dgn penceramah yg terkenal....

Kalau sebelum ni,hanya lihat beliau di kaca tv sahaja...Beliau banyak muncul dalam program Al-Hidayah,Tanyalah Ustaz dan juga Forum Perdana Hal Ehwal Islam....Allah pertemukan sy dgn dia walaupun hanya sekejap...tp sempat jugak la bersembang..hehe...kagum dpt bersembang dgn ustaz...hehe...semoga sy dpt manfaat drpd pertemuan dgn beliau dan sy juga mampu menjadi sepertinya....hehe....amin Ya Allah....
Ustaz Kazim disisi sy....

Ustaz Kazim bersama sy dan sahabat sy,syakir...


Semoga selepas ini dapat manfaatkan ilmu yg diberi olehnya dan menjadikan kita hamba yg patuh akan suruhan Allah dan menjadi anak yg soleh yg mampu membahagiakan ibubapa di dunia dan akhirat...amin Ya Allah.....

14.5.12

Selamat Hari Ibu Mama......

Ayah dan Mak sy....syg mak dan abah...hehe..
Selamat hari ibu mama....buat ibuku yg tersayang,Che Normah....mama sudah byk berkorban utk anak2...jasa mama akan kami balas..akan kami buat mama bangga dgn kami...Abg Ngah janji abg akan wat mama tersenyum selalu....abg ngah akan jadi anak yg soleh yg sentiasa doakan mama dan abah...I LOVE U MAMAAA........ :)

Sy dan mak...hehe..

3.5.12

Kisah Sahabat: Al-Ahnaf Bin Qais

Al-Ahnaf bin Qais, salah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau digelar “Abu Bahr berasal dari Bani Tanim”. Dia dipanggil “al-Ahnaf” kerana kecacatan di kakinya.

Budi pekertinya refleksi akhlak Nabi s.a.w. Betapa harumnya nama al-Ahnaf sehingga diumpamakan, “Lebih lemah lembut berbanding al-Ahnaf (ahlam min al-Ahnaf)”.

Pernah diriwayatkan suatu hari ada seorang lelaki mengutuk dan mengeji al-Ahnaf. Apa tindak balasnya? Al-Ahnaf pergi dari situ dan tidak membalas kejian dan makian tersebut. Kejian dan makian tersebut tidak diendahkan, seolah-olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Langkahnya diteruskan walaupun lelaki yang mengejinya tadi tetap mengikut langkah kakinya dan terus mengutuknya. Lagak al-Ahnaf masih seperti tadi, tenang dan tidak menghiraukannya.

Sebaik sahaja menghampiri kawasan kediamannya, al-Ahnaf berhenti. Langkahnya kaku. Dipandang lelaki yang mengejinya tadi lantas berkata: “Jika masih ada apa-apa yang engkau ingin katakan, maka luahkanlah segala-galanya sebelum penghuni kejiranan ini mendengar kata-kata mu dan mula menyakitimu”.

Dalam kisah yang lain pula, seorang lelaki mengutuknya dan mengejinya. Al-Ahnaf sekadar diam tidak berkata apa-apa walau sepatah. Lelaki tersebut tidak berputus asa, tetap meneruskan misinya mengutuk dan menghina al-Ahnaf sehinggalah tiba waktu makan tengah hari. Al-Ahnaf berkata kepadanya: “Ini dia makanan tengah hari kami. Jom makan bersama kami”.
Ajakan al-Ahnaf itu sungguh-sungguh ikhlas dari hatinya. Bukan ajak-ajak ayam atau ajakan sinis. Lelaki yang menghinanya itu malu. Usahanya ibarat mencurahkan air ke daun keladi, sia-sia dan tidak bermanfaat pun.

Demikianlah akhlak al-Ahnaf yang lemah lembut, pemaaf, tidak berdendam dan tidak baran, malah berhikmah dalam menghadapi sebarang situasi.