11.7.11

jadilah lelaki acuan alquran

lelaki acuan alquran :)

Lelaki acuan al-Quran ialah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Lelaki acuan al-Quran aialah lelaki yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orangtua dan keluarga
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak anak dan isteri mendalami agama Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Lelaki acuan al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup dibawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah SAW
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya

Lelaki acuan al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki acuan al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki acuan al-Quran ialah lelaki yang tidak mudah terpesona
Dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan Syurga
Disitulah rumah impiannya
Bersama wanita acuan al-Quran

3.7.11

Ikutlah Sunah Nabi Muhammad SAW

1. Kita diajar dalam buku biologi

buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut Nabi Muhamad ? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so, kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.


2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan.

Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi Muhamad selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.



3. Kita diajar memakan kambing tidak bagus kerana tinggi kolesterol

namun kambing juga adalah makanan kegemaran Nabi Muhamad. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus

namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu yg susah dihadam.

 


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat

contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi).

Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

penghantar ayam yg tak berapa nk pandai..hehe

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Mail.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 120 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." 

Pak Mail: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak mail memanggil anak buahnya yang bernama Taufik dan memberikan arahan...

Pak Mail : "Fik, tolong hantar 120 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Taufik : "hantar ayam? Beres Bos !"

Esoknya dengan menunggang motor si Taufik pergi menghantar120 ekor ayam tersebut. Namun,malangnya dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Taufik. Tetapi si Taufik tidak mengalami pape kecederaan malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Taufik ketawa ...(takut putus wayar kt otak ke...haha)
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Taufik : "Ha... ha... ha... !"

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?" 

Taufik : "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha....."


Orang yangg bertanya: dlm hatinya berkata"mmmm...mmg pemuda ni sama je ngn ayamnya.."